Wanita Kelantan Setelah Tahun 1990

Wanita Kelantan Setelah Tahun 1990

December 17, 2007 · Leave a Comment

Blog ini akan memuatkan beberapa perkembangan yang berlaku di Kelantan khususnya yang berkaitan dengan wanita Kelantan. Mengapa setelah tahun 1990?

Ini kerana pada tahun tersebut berlaku perubahan yang amat dinamik di Kelantan dengan kemenangan PAS dalam pilihanraya umum dan sekaligus pemerintahan ulama’ bermula.

Sejak tahun 1990, negeri Kelantan ini umpama sepohon pokok kecil yang baru tumbuh. Si Pohon kecil yang sering kurang disirami air oleh si tuan punya, tetapi ia tetap tumbuh dengan rezeki hujan dari Penciptanya yang sebenar. Sebuah pohon muda yang kadangkala dicemburui oleh pohon muda dan pohon-pohon tua yang lain. Akarnya menjalar terhad, daun dan dahannya kerap dicantas.

Akhirnya setelah 17 tahun, pohon yang dulunya dicantas rupanya menjadikannya bertambah subur. Ia bukan sahaja menghasilkan bunga yang menarik, tetapi buah-buahnya yang manis. Dahan-dahannya semakin merendang, akarnya sudah menjalar jauh dan kukuh bersebati tanah. Perubahan masa dan cabaran telah menjadikan pohon ini semakin matang dan giat menyumbang. Inilah Kelantan hari ini…

Posting-posting berikutnya adalah berkisar pengalaman yang dialami oleh Chemekmolek serta perkembangan yang diikuti dari masa ke semasa. Chemek akan tulis berdasarkan notes yang disenaraikan. Bagaimanapun akan ditambah dengan lain-lain yang sesuai.

Terima kasih atas kunjungan dan sokongan anda.

Chemekmolek

 gambar: sheih

Categories: Uncategorized

0 responses so far ↓

  • There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.

Leave a Comment