Pasar Besar Siti Khadijah dan Wanita Kelantan


Bagi mereka yang telah berpeluang melawat Negeri Serambi Mekah ini, sudah tentu tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pasar Besar Siti Khadijah yang terletak bersebelahan dengan Bazaar Buluh Kubu.

Kerana mengenangkan sumbangan dan jasa kaum wanita Kelantan khususnya peniaga wanita di pasar tersebut, nama baru mengambil sempena nama Siti Khadijah iaitu seorang tokoh peniagaan wanita, bangsawan dan isteri Nabi Muhammad s.a.w telah dipilih.

“Kerajaan negeri merasa bertanggungjawab untuk menyemaikan satu pegangan hidup yang lebih bermakna kepada rakyat. Mereka hendaklah digerakan untuk melipat gandakan ketekunan dalam bekerja. Melipat gandakan ikhtiar, serta memilih kaedah dan peralatan yang canggih dan terkini dalam apa jua lapangan. Semata-mata untuk mencapai kesenangan dunia, tetapi gerakan tersebut hendaklah sentiasa berada diatas landasan hukum syarak, mematuhi batasan hukum halal dan haram serta tidak lalaikan dari tanggungjawab ibadat dan matlamat pengabdian mutlak terhadap Allah. Dihadapan tuan-tuan sekelian ialah sebuah pasar yang telah bertukar nama kepada pasar besar Siti Khadijah, walaupun sesetengah pihak yang setiasa melihat dari arah negatif, memerli langkah penukaran nama pasar ini, dengan mengatakan sebagai perkara remeh temeh, ia mempunyai satu pengajaran simbolik yang sungguh bermakna kepada para peniaga. Sengaja ditonjolkan dengan nama Siti Khadijah, agar terbuka satu pemikiran minda kepada golongan pedagang atau koporat, bahawa inilah model saudagar Islam yang mesti dicontohi, perniagaanya yang berjaya tanpa mengorbankan kerja-kerja ibadat dan pengabdian terhadap Allah, perniagaanya boleh membantu kelancaran menuju syurga Allah, bukannya mengheret ke neraka. Inilah wawasan kerajaan yang ingin melihat para peniaga sekelian agar dapat menjadikan Siti Khadijah sebagai model mereka.” (1)

Penamaan pasar ini sekaligus menjadi identiti para peniaganya dan juga pengunjung tetap pasar bertingkat empat itu. Ia juga mengambilkira usaha-usaha tangan mereka terutamanya wanita Kelantan yang menghasilkan pelbagai produk jualan.

Pasar ini menjadi lokasi dan bukti untuk melihat gambaran kecekalan kaum wanita Kelantan yang tidak pernah ketinggalan dalam membantu meningkatkan pendapatan negeri Kelantan terutamanya ia menjadi tarikan pelancong secara langsung ke Kelantan. Ia beroperasi seawal pagi jam 6.00 pagi dan berakhir pada jam 7.00 petang. Pada setiap waktu solat, jualan dihentikan selama 15 minit untuk memberi peluang kepada para peniaganya dan juga pengunjung untuk mengerjakan solat di Masjid al-Baraah, yang telah dibina oleh kerajaan negeri di sebelah bangunan Pasar Siti Khadijah.

Hampir semua kuih-muih Kelantan dapat didapati di sini, dari tahi itik, kuih baulu, akok, seri muka, jala mas dan banyak lagi. Barang kering dari keropok, serunding daging, ikan, dan kain batik dan songket hasil tenun tangan orang Kelantan. Pelbagai jenis dan rasa laksa Kelantan, Nasi Kerabu, Nasi belauk, Ayam Percik, ondeh-ondeh, cendul pulut tapai, kuih lompot tikam, ‘sang gopal’ pulut bakar, pulut lepa, ‘putu maye’ dan banyak lagi untuk disebut di sini.

Sayur-sayuran, ikan-ikan segar dari Kuala Besar, ayam dan daging dari seceruk negeri dihimpun di sini. Apabila tiba musim buah-buahan, maka penuhlah di sekeliling bangunan ini buah rambutan yang masak ranum, dokong, manggis, salak, durian dari Ayer Lanas, Machang dan Kuala Krai menandakan keberkatan negeri dan juga hasil keringat rakyat. Terdapat juga sayuran dan buah-buahan yang diniagakan di sini dibawa dari selatan Thailand.

Apabila berkunjung di sini, anda akan melihat kepelbagaian peniaga ini ada yang berketurunan Melayu, Cina, India dan ada yang telah lama bermastautin di Kelantan termasuk peniaga-peniaga yang berasal dari Thailand, Kemboja, ada juga dari Myammar, Pakistan dan berketurunan Arab.

Nota: (1) Teks Ucapan YAB Tuan Guru di Majlis Mesyuarat Agung Peniaga Kecil Bumiputera Pasar Besar Siti Khadijah kali ke-8 (7/7/1998) (link)

About these ads

One thought on “Pasar Besar Siti Khadijah dan Wanita Kelantan

  1. Pingback: KB – Pasar Siti Khadijah « geopractice

tinggalkan komen/pertanyaan/perbincangan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s