Semoga ada satu hari Asma Allah nyanyian Sami Yusuf ini akan berkumandang di semua pembesar suara yang terdapat di bandar Kota Bharu.
Dengan ucapan lain, selamat berhibur dan bila pula nak jemput Sami Yusuf ke Kelantan?
Semoga ada satu hari Asma Allah nyanyian Sami Yusuf ini akan berkumandang di semua pembesar suara yang terdapat di bandar Kota Bharu.
Dengan ucapan lain, selamat berhibur dan bila pula nak jemput Sami Yusuf ke Kelantan?
Categories: Uncategorized
Selamat Datang Ke Kelantan,
Negeri Tadahan Wahyu,
Tanah serendah Sekebun Bunga,
Tempat berhimpun para ulama’,
Tempat berdoa pencinta ilmu
makam berdiri pencinta Islam dan kedamaian.
Selamat Datang dan Selamat pulang…
Categories: Uncategorized
Bagi sesetengah pihak, mewujudkan spaces tertentu untuk wanita adalah suatu tindakan segregasi ataupun menghalang kebebasan kaum wanita. Benarkah begitu? Bagi sesetengah pihak yang lain, kewujudan ruang-ruang yang berlainan merupakan satu jalan untuk mempertahankan kedudukan kaum wanita. Benarkah itu tujuannya yang utama? Di antara isu ’segragation vs protection’ terhadap kaum wanita ini, apakah pendirian anda?
Pada tahun lepas, 2007, Kerajaan Negeri Kelantan telah menganjurkan temasya Sukan untuk Wanita - Nisa’ Games’ peringkat Kebangsaan dengan menghadirkan ratu pecut dan pemegang rekod 200M sukan Asia, Ruqayya al-Ghasara. Penyertaan yang diterima dari seluruh negara amat memberangsangkan, baik wanita itu bertudung ataupun tidak bertudung telah turut serta sebagai peserta dan penontonnya. link
Pada awal pentadbiran Pas di Kelantan, beberapa langkah dan peraturan telah diperkenalkan. Contohnya, pengenalan kaunter berlainan untuk pelanggan wanita. Selain itu, pekerja wanita seperti juru gunting rambut hanya dibenarkan untuk memberikan khidmat kepada pelanggan wanita sahaja. Begitulah di beberapa salon kecantikan. Tidak lama selepas itu, ada sebuah syarikat Bas ekspress di Kelantan yang menawarkan perkhidmatan untuk membawa hanya penumpang wanita sahaja dari Kota Bharu ke Lembah Kelang. Tentu ada di kalangan pembaca yang pernah menaiki bas tersebut.
Apakah sedikit yang berlaku di Kelantan ini suatu kepelikan bagi anda? Benarkan ia suatu yang tidak mengikut peredaran zaman ataupun boleh diistilahkan sebagai tradisi ataupun perbuatan ketinggalan zaman?
Ladies Only ataupun Women Only bukanlah suatu yang menghairan. Ia adalah suatu fenomena biasa dan boleh juga diistilahkan sebagai a common lifestyle bagi masyarakat di negara maju seperti US, Jepun, UK dan lain-lain negara Eropah bahkan juga di China. Gaya hidup alternattif ataupun new alternative lifestyles yang pelbagai pada hari ini banyak memberikan khidmat yang khusus kepada kaum wanita. Contohnya gym ataupun pusat rawatan yang khusus disediakan hanya untuk pelanggan wanita hampir ada di semua negara.
Di China, sebuah restoran barat bernama Genteel Restaurant hanya menerima pelanggan wanita. Begitulah juga dengan beberapa restoren di negara Arab. Jika sebelum ini dalam sebuah restoren mengasingkan tempat-tempat tertentu, kini hanya pelanggan wanita sahaja dibenarkan memasukinya. Para pengunjung wanita memilih restoren itu kerana ingin mendapatkan suasana yang harmoni, jauh dari asap rokok ataupun bau yang tidak menyenangkan, dan juga untuk menghindari diri dari gangguan golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Di Berlin, Germany sebagai contohnya ada banyak hotel ataupun penginapan yang melaksanakan Konsep ‘women only’. Bahkan ia memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan terutama apabila ia berdekatan dengan lokasi pengangkutan awam.
Antara contoh lain lagi ialah hospital wanita. Biasa kita dengar mengenai maternity and children hospital khusus untuk wanita bersalin. Bagaimanapun konsep women only ini telah diperkenalkan lebih daripada perkhidmatan tersebut. Di US sebagai contohnya iaitu di LA terdapat Women Hospital yang menyediakan perkhidmatan untuk wanita yang disediakan oleh wanita bermula dari kaunter pendaftaran sehinggalah selesai rawatan.
Jepun sebagai negara maju di Asia juga turut mengamalkan lifestyle ini. For the Men-ya Sora” , like a growing number of Japanese shops, restaurants, cinemas and services, has turned “women only” — welcoming to its upstairs dining room the free-spending fairer sex, but turning away its supposedly more uncouth counterpart. link
Ruang khusus untuk wanita ini tidak hanya di restoren, pusat perniagaan, panggung wayang bahkan di lain-lain pusat pelanggan dan perkhidmatan. Bahkan sudah ada gerabak ataupun ruang penumpang yang khusus untuk wanita sahaja untuk pengangkutan awam seperti keretapi.
Selain itu Partai Keadilan Sejahtera, iaitu sebuah parti politik Islam di Indonesia telah menggesa kerajaan mengadakan peraturan yang lebih tegas terhadap penggunaan gerabak khusus dalam tren untuk golongan wanita. Ini kerana ada banyak yang telah menyalahgunakan ruang tersebut terutamanya golongan lelaki. Cadangan tersebut juga mengambilkira golongan wanita yang hamil, kurang upaya dan tua, yang merupakan antara pengguna utama perkhidmatan tersebut. link
Sekiranya ada peluang ke China, mungkin kita perlu masukkan dalam senarai kunjungan tempat menarik di sana, masjid-masjid khusus untuk wanita. Menarik bukan? Kewujudan masjid di China mempunyai sejarah yang menarik sejak abad ke 16 lagi malah ia menjadi kian dinamik dengan kelahiran golongan ilmuan dan agamawan di kalangan kaum wanita yang berperanan sebagai ‘imamah’ (imam) kepada kaum wanita dan pembimbing kepada masyarakat secara amnya.
Maka, apakah yang cuma sedikit yang diamalkan di Kelantan ini suatu yang pelik pada kebiasaan?
note: 1) sumber gambar – wikipedia 2) Nisa Games – link
Categories: Uncategorized
Sumber gambar: link
Pernah Tuan Guru MB menjemput duta Jepun ke Kelantan untuk melihat kerajinan wanita Kelantan.
Sebenarnya apa ada pada wanita Kelantan sehinggakan negeri ini juga dikenali sebagai negeri Che Siti Wan Kembang?
Apa kata dengar sedikit penjelasan dari kuliah Jumaat yang disampaikan oleh Ybr al-Fadhil Ustaz Nik Omar b. Nik Abdul Aziz – link
boleh juga lihat beberapa gambar mereka link

Categories: Uncategorized
Kesungguhan kerajaan negeri pimpinan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat membawa dasar pemerintahan Islam di Kelantan telah berjaya menarik lebih ramai masyarakat bukan Islam termasuk dari negara luar untuk menerima Islam sebagai cara hidup mereka. Sejak dari tahun 1992 sehingga 2006, terdapat seramai 3717 orang telah memeluk Islam di negeri Kelantan.
2904 terdiri daripada Orang Asli, 179 kaum Cina, 168 Kemboja, 149 Thailand (Siam), 40 Miyamar, 16 Sikh, 20 Kadazan, 39 India, 14 Filipina, 13 Jepun, 20 Dusun,14 Bidayuh, 5 Korea, 3 Pakistan, 3 Dayak, 9 Inggeris, 3 Nepal, 3 Iban, 4 Muruk, 3 Afrika, 3 Ghana, 2 Sri Langka, 6 Serani, 3 Bangladesh, dan 83 orang dari lain-lain latarbelakang.
Antara jabatan yang terlibat secara langsung dalam usaha-usaha menyebarkan dakwah Islam di kalangan masyarakat adalah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEIK) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), selain itu terdapat juga NGO yang turut aktif dalam usaha dakwah ini.
Sumber: Buletin Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Julai 2006/Rejab 1427.
Religious freedom in Kelantan: part 1 , part 2, part 3, part 4 and part 5 . cultural festival 2007 link
Categories: Uncategorized