Dalam satu mafhum hadith, Rasulullah s.a.w menasihati para sahabat – andai berlaku satu wabak (ta’un) dalam satu negeri, janganlah kalian keluar dari negeri itu ataupun masuk ke negeri itu.
Hari ini, angka jangkitan H1N1 ataupun selsema babi bertambah. Dalam saat ini, usaha kawalan kepada jangkitan ini bukan hanya menjadi tanggungjawab kementerian ataupun pusat-pusat rawatan negeri/ hospital sahaja, tetapi ia memberikan tanggungjawab sosial yang mesti diambil oleh semua pihak.
Doktor Muslim disyorkan menempatkan diri mereka di pentas-pentas khutbah jumaat seluruh masjid dan memberikan panduan segera kepada masyarakat peri pentingnya penjagaan kesihatan dan kawalan kepada jangkitan seumpama ini. Jika tidak pun, sediakanlah teks-teks khutbah yang boleh dibacakan oleh juru khatib solat jumaat dan timbulkan kesedaran masyarakat mengenai tanggungjawab menjaga kesihatan serta langkah-langkah yang perlu rakyat ambil untuk mengurangkan jangkitan dan sebagainya.
Setiap masjid negeri sewajarnya menampal maklumat tambahan mengenai penyakit selsema babi ini dan risiko yang boleh terjadi sekiranya dijangkiti dan terutamanya apakah langkah-langkah yang mesti diambil oleh semua pihak.
Sebagai cadangan tambahan, Chemek berasakan PAPISMA dan lain-lain persatuan perubatan Muslim perlu mengambil inisiatif ini dan memainkan peranan mereka terutamanya di minbar-minbar masjid negeri Kelantan dan lain-lain. Alangkah bagusnya lagi sekiranya usaha ini dapat dikongsi dengan rumah-rumah ibadah agama lain juga.
Influenza A (H1N1) – Swine Flu – INFO - World Health Organisation
PAPISMA – link
0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.