** Terkini – Isu Syurga, TGNA saman 3 Media Pro Umno – link
Dalam seminggu ini, makin kerap berita memuatkan serangan dan sasaran ke atas kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan yang juga mursyidul am Pas. Kenyataan terbaru dikeluarkan meminta Tuan Guru bertaubat di atas suatu kenyataan yang beliau suarakan yang mana kenyataan tersebut diambil separuh dan dibuang separuh. Kenyataan penuh MB tersebut diulas sekerat tanpa mengambil keratan-keratan lain dalam ucapan beliau.
Penting chemek tegaskan, Tuan Guru Nik Aziz ini bukanlah nabi ataupun orang yang tidak pernah membuat salah. Apabila salah dan perlu meminta maaf, beliau tanpa perlu dipaksa-paksa akan meminta maaf hatta kepada orang yang lebih muda darinya, hatta orang itu kurang pengalamannya, ataupun ilmu.

Persoalan taubat ialah perkara yang menjadi ajaran rasmi Tuan Guru sejak beliau berkecimpung dalam medan dakwah. Bagi mereka yang sering mengikuti kuliah, ceramah mahupun ucapan rasmi beliau, topik taubat seorang hamba kepada Khalik yang mutlak disembah dan diimani ini adalah tunjang utama ajaran tauhid yang beliau sering sebut.
Apabila sebut ‘Taubat’ dalam kontek kenyataan tersebut, chemek masih tercari-cari sebab dan tunjang yang konkrik untuk dipegang. Malah Chemek tertanya-tanya apakah bentuk taubat yang ingin didengar oleh pihak yang meminta taubat itu. Apakah peminta itu meminta supaya Tuan Guru memohon maaf kepada manusia ataupun meminta Tuan Guru bertaubat kepada Allah s.w.t? Kepada siapa taubat itu ingin dituju?
Dalam kuliah Tuan Guru Nik Aziz, terutama dalam hal-hal berkisar dengan dunia akhirat, beliau bangkitkan kesedaran manusia untuk melihat dunia dan urusan dunia dari jendela akhirat. Dunia dan akhirat tidak berpisah seperti tidak berpisahnya dua saudara kembar. Dunia dan akhirat ini bersambung seperti bersambungnya masa muda dan masa tua. Lantaran itu, politik dan cara hidup yang cuba berenggang dan berpisah dengan akhirat akan memisahkan di antara urusan dunia dan akhirat. Inilah asas kepada sistem sekular. Dunia diserahkan kepada dunia dan agama/urusan akhirat adalah perkara akhirat. Oleh itu apabila bercakap tentang politik/siyasah contohnya di dalam masjid, dikatakan sebagai ahli politik mempergunakan masjid untuk kepentingan politik, seolah-olah masjid itu hanya untuk perkara agama dan politik adalah suatu yang terpisah dari unsur agama.
Berbalik kepada intipati taubat yang chemek pernah dengar/baca dari Tuan Guru MB ini ada beberapa pra-syaratnya untuk bertaubat.
Pertama – menyesali perbuatan tersebut sebagai perbuatan yang munkar dan perasaan menyesal ini bersarang di dalam jiwa dan menumbuhkan rasa dukacita serta ketidaktenangan pada diri yang merasainya. Ini kerana kemunkaran tersebut adalah larangan agama dan dicela.
Kedua – setelah timbul penyesalan, hendaklah meninggalkan perbuatan tersebut serta-merta.
Ketiga – jika kemunkaran tersebut bersangkutan dengan manusia hendaklah diminta pelepasan dan kemaafan dari individu tersebut. Jika pernah memukul ataupun tersalah memenjarakan orang, hendaklah dipohon maaf di atas pukulan dan penjaraan yang telah dibuat, jika pernah mengambil harta baik harta individu ataupun harta rakyat, mestilah dipulangkan hak kepada yang berhak (cthnya seperti isu royalti minyak yang dituntut oleh rakyat Kelantan, jika benar2 bersalah, perlulah bertaubat, meminta maaf dengan rakyat dan memulangkan hak rakyat)

Keempat – bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan dan kemunkaran yang telah dilakukan. Jika setelah bertaubat, tetapi ulang kembali perbuatan dan kemunkaran tersebut itu hanyalah taubat plastik, ataupun taubat lipstik yang diasaskan dari kefahaman Islam yang tidak tulen. Islam yang tidak bertunjang dari iman, taqwa dan ihsan.
Kelima – syarat seterusnya ialah menukar perbuatan yang salah tadi dengan amalan-amalan yang maaruf dan amalan-amalan kebajikan. Amalan-amalan ini mestilah berterusan untuk menunjukkan komitmen terhadap perubahan dan taubat yang telah dilakukan.
Inilah pra-syarat dan pengertian taubat yang sempat chemek fahami dari Tuan Guru MB ini. Bagi mereka yang masih belum mendengar ucapan penuh Tuan Guru berkaitan dengan isu ini boleh dapatkan kenyataan penuh beliau baik di TV Pas, Harakahdaily ataupun youtube. Hendaklah pergi ke sumber yang asal dan dengar kembali kenyataan tersebut. Sekiranya telah mendengarnya, maka buatlah penilaian berdasarkan iman dan pengetahuan Islam yang hakiki. ‘Biasa-biasa kenyataan yang jauh dari panduan Islam dan iman cthnya minta supaya bertaubat ini akan pulang kepada pemintanya sendiri’. Bak kata pepatah sejari kesalahan ditunjukkan kepada seseorang sembilan jari lagi menunjuk kepada orang tersebut. (org yang cuba menunjuk kesalahan secara jahil)


0 responses so far ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below.