Menu Ramadan: Resepi Ikan/Ayam Percik


Ini ialah resepi yang amat mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Chemek kongsi di sini agar kita semua mendapat manfaat daripadanya.

Apa yang diperlukan untuk menyediakan menu ikan/ayam percik?

Chemek guna 5 ikan kembung saiz besar. Boleh gunakan juga ikan bawal, ikan keli dsb. Pertama, bersihkan ikan. Setelah dibersihkan cucuk ikan dengan lidi satay kalau ada. Kalau tak ada pun tak mengapa.

Kemudian, sediakan pembakar – arang. ataupun boleh grill saja dalam cooker/microwave yang sesuai utk grill. Sentiasa balik-balikkan ikan yang dibakar. Itu gunanya lidi satay itu iaitu memudahkan kita membalik-balikkan ikan. Tak pun, gunakanlah penyepit besi. Oh Ya, antara petua supaya mudah untuk membalik-balikkan ikan ini, bolehlah kita alaskan ikan tersebut di atas batang daun pisang. Jika ada pokok pisang di rumah, dapatkan daun pisang dan ambil batang daun pisang itu untuk digunakan. Jika tak ada, tak apa lah. Nak buat macam mana.

Antara petua menyediakan dapur arang ini supaya api dan arangnya cepat terbakar dan berbara, gunakan bekas pelapik telur yang berwarna kelabu itu untuk menghidupkan api dan arang tersebut.

Sambil kita memastikan ikan kita dibakar elok. Bolehlah kita sediakan kuah untuk percik ikan/ayam ini.

Apa bahan-bahannya? Pertama, bawang merah 6-8 ulas (lima ekor ikan kembung), 2-3 ulas bawang putih, satu biji cili merah (bagi yang ingin makan pedas atau kuah percik merah). Kisar bahan-bahan ini kesemuanya.

Sediakan 2 gelas santan pekat. Jika guna santan kotak boleh gunakan sekotak santan tersebut dan tambahkan sedikit air.

Campurkan ke semua bahan-bahan ini dalam periuk dan masakkan. Kemudian masukkan pula sebatang serai yang telah diketuk dan air asam jawa (sedikit saja). Jika nak letak asam keping untuk gantikan air asam jawa pun boleh. Tapi hanya guna satu keping sahaja ya.

Kacau dan kacau sehinggalah kuah ini menjadi semakin pekat di atas api/electric yang sederhana ataupun sesuai. Kemudian masukkan sedikit garam dan gula beberapa sudu. Tak perlu manis sangat sebab jika terlalu manis rasa percik akan lari dan menjadi seakan-akan kuah tumis pula.

Ikan yang telah separuh masak tadi bolehlah dipercikkan sedikit dengan kuah dan kemudian bakar lagi. Setelah ikan masak elok dan kuahnya masuk bolehlah diangkat.

Percikkan lagi ikan yang telah siap dengan kuah yang masih ada. Sekarang ikan percik anda sudah siap untuk dimakan.

Untuk ayam percik – gantikan ikan kepada ayam. Ayam yang telah dibasuh hendaklah dimasukkan sedikit sahaja garam dan halia. Untuk sedapkan lagi ayam masukkan ramuan lain yang sesuai untuk ayam bakar. Percikkan kuah apabila ayam telah masak elok. Jika ayam dipanggang besar ataupun hanya dipotong dua, bolehlah rebus ayam tersebut lebih awal supaya masa membakar lebih singkat. Biasanya Chemek tidak rebus terlebih dahulu ayam tersebut kerana ayam dapat masak molek dalam cooker. Chemek tak pernah mencuba memanggang ataupun bakar ayam dengan dapur arang lagi. Tetapi menurut orang yang pernah, mereka rebus ayam siap-siap supaya ayam itu jadi lambat basi, tidak berbau dsb.

Baiklah, ini sahaja dapat dikongsi pada hari ini.

Selamat mencuba dan selamat berjamu selera!

4 thoughts on “Menu Ramadan: Resepi Ikan/Ayam Percik

tinggalkan komen/pertanyaan/perbincangan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s