Resepi Ramadan: Singgang Daging


Dalam kesempatan ringkas kali ini, Chemek ingin kongsi cara-cara membuat kuah singgang daging yang menjadi kegemaran anak sulung Chemek. Sepanjang bulan Ramadan ini memang anakanda Chemek ini berselera makan apabila ada hidangan singgang ini tambah lagi ia tidak berlemak. Penyediaannya juga tidak memakan masa yang lama. Malah kita boleh isi banyak waktu sepanjang merebus daging dan memasak kuah ini untuk membuat kerja-kerja lain.

Apa yang kita perlu? Sudah tentu daging. Chemek gemar membeli daging ‘urat keting’ kerana amat sedap untuk sup ataupun digoreng. Juga sedap untuk kerutuk daging. Bagi sesetengah kita, urat keting amat rumit untuk dipotong/dihiris. Namun kita ada teknik menghiris daging yang perlu kita pelajari dari orang tua kita. Pastikan pisau itu tajam dan potong saja urat keting itu secara menyerong dan berlawanan dengan garis-garis uratnya. Lebih kurang sama dengan cara hirisan daging yang biasa. Penting teknik hirisan daging ini bagi memastikan daging yang akan dimakan tidak liat ataupun mudah empuk. InsyaAllah kurang dari 10 minit boleh siap hirisan-hirisan daging sekilo.

Baiklah setelah siap dihiris, mulalah merebus daging dalam periuk. Pastikan anda tidak menutup periuk dengan tudung. Jika tidak akan membuak-buak keluar air daging yang akan menambah kerja dan membuatkan masa anda terpaksa digunakan untuk membersihkan cooker anda.

Antara petua berguna untuk mempercepatkan daging empuk ialah dengan memasukkan satu sudu ‘besi’ ke dalam periuk tersebut. Periuk yang berisi rebusan daging ini hanyalah ditutup apabila tiada lagi air rebusan yang membuak. (faham ke?)Biasanya masa yang diambil untuk merebus daging yang diletak sudu ini kurang dari 30 minit. Pastikan anda memeriksa periuk anda agar air tidak kering. Tambah air dari masa ke semasa jika perlu.

Sementara menunggu rebusan ini siap, maka bolehlah kita sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyinggang. Eloknya bahan-bahan ini ditumbuk. Tetapi jika tiada lesung dan alu, bolehlah digunakan blender.

Bawang merah 4-6 ulas, bawang putih lebih banyak sikit dari bawang merah, lengkuas, ketumbar 1-2 dua sudu, 2 biji cili hidup (merah ataupun hijau). Semua bahan-bahan ini ditumbuk ataupun di-blend.

Setelah siap ditumbuk sehingga halus lumat masukkan 3-4 sudu budu dan sedikit air. Bahan-bahan ini dimasukkan ke dalam rebusan daging yang hampir empuk/sudah empuk. (Jika mak mentua chemek, beliau akan masukkan budu ini bersama bawang dan bahan-bahan tumbuk kemudian akan ramas bersama daging sebelum dimasak di atas dapur)

Mayang bawang besar sebanyak satu atau dua biji. Boleh masukkan bawang yang telah dimayang ini setelah kita memadamkan api cooker kita.

Jangan lupa masukkan garam secukupnya. Cuma sebagai peringatan yang suka memasukkan budu, rasa singgang ini sudah masin sedikit kerana budu tersebut.

Ada juga yang memasukkan halia dan serai. Ia terpulang kepada selera masing-masing.

Selamat mencuba!

tinggalkan komen/pertanyaan/perbincangan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s