Resepi ‘Ekspres’ Kuah Kerutuk dan Pulut Kuning


Sewaktu belajar di luar negara dulu, Chemek gemar memasak pulut kuning dan juga kuah kerutuk untuk keluarga dan juga sempena majlis-majlis silaturahim. Pulut ialah makanan kegemaran Chemek selepas lempeng. Jika tak makan nasi pun tak mengapa jika ada pulut. Sejak kecil menu sarapan di rumah Chemek ialah pulut pagi. Jika ada majlis apa-apa, pulut kuning akan disediakan oleh al-Marhum nenda Chemek. Pulut kuning sesuai dimakan dengan kuah kerutuk (ayam ataupun daging) ataupun kuah kari. Dalam posting kali ini, Chemek akan kongsi dua resepi khusus untuk sahabat-sahabat dan adik-adik yang merantau jauh di negeri orang.

Cara memasak pulut kuning samada dengan menggunakan microwave ataupun periuk kukus adalah seperti berikut:

Rendam beras pulut bersama sedikit serbuk kunyit. Jika menggunakan microwave, tidak perlu merendam beras pulut semalaman. Bagi yang ada periuk kukus, biasa beras pulut ini direndam dengan lama sehingga separuh hari ataupun semalaman. Oleh kerana Chemek tidak gemar membuat sesuatu yang mengambil masa yang lama, Chemek tak guna periuk kukus untuk memasak.

Jika menggunakan microwave, caranya sama seperti anda memasak nasi setiap hari. Basuh beras dan rendam bersama air kunyit ataupun sedikit serbuk kuning ataupun kunyit dalam 5-10 minit sahaja. Pastikan air yang dimasukkan kurang dari paras beras. Ini kerana kita akan memasukkan sedikit santan pekat beberapa minit sebelum pulut ini masak sepenuhnya.

Antara bahan-bahan lain yang turut dimasukkan ialah 2-3 bunga cengkih dan sesudu minyak masak. Kemudian masukkan ke dalam microwave. Pilih option microwave ataupun yang sesuai untuk memasak nasi jika microwave anda ada banyak options. Rujuk manual microwave anda sebelum menggunakan jika ini percubaan anda pada kali pertama.

Apabila Chemek memasak nasi dengan microwave, masa yang diambil hanyalah 20 minit. Bagaimanapun Chemek pernah menggunakan microwave jenama lain untuk memasak nasi dan masa memasak lebih singkat. Jika anda memasak nasi dengan microwave hanya mengambil masa 14-15 minit sahaja, maka masa untuk menyediakan masakan pulut ini juga serupa. Oleh kerana Chemek biasa memasak nasi selama 20 minit, maka untuk penyediaan pulut juga mengambil tempoh yang sama.

Jika ini percubaan pertama anda, pastikan anda set masa 15-20 minit untuk memasak. Kemudian dalam setiap 5 minit anda memeriksa beras/pulut anda apakah ia telah pun masak ataupun tidak.

Untuk penyediaan selama 20 minit, Chemek akan hentikan microwave pada minit ke17. Pulut yang hampir masak ini akan dicampur dengan 2-3 sudu santan pekat yang telah dicampur dengan sedikit garam. Gunakan senduk kayu jika ada untuk meratakan santan ke atas pulut. Kemudian sambung semula memasak sehingga ke minit ke 20.Sekiranya microwave anda mengambil masa lebih/kurang dari 20 minit. Pastikan anda berhenti 3 minit dari masa memasak untuk memasukkan santan.

Menyediakan pulut kuning dengan microwave ini tidak leceh. Malah jika Chemek memasak pulut ini dalam kuantiti yang banyak, masanya tetap 20 minit sahaja. Jadi jika kita membuat rumah terbuka hari raya ataupun majlis kesyukuran, jika pulut kuning yang sedia ada hampir habis, kita boleh memasak pulut tambahan tanpa berpeluh dan kalut. Malah ia boleh dibuat sambil melayan tetamu.

Sekarang resepi kerutuk. Bagi yang tinggal di luar negara dan tidak ada stok rempah kerutuk bolehlah membuat rempah kerutuk sendiri. Tetapi pastikan anda ada rempah kurma samada yang adabi punya ataupun rempah kurma Pakistan etc.

Bahan yang diperlukan untuk kerutuk. (1) Rempah kurma 2 paket (2) Serbuk lada merah ataupun blended cili kering (3) Lada besar 5 biji ataupun lebih. Lagi banyak lagi baik dan pekat kuah itu nanti (4) Tiga serangkai – cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis secukupnya (5) Gula (6) Santan pekat – hanya bagi yang ingin kerutuk berkuah lemak.(7) Ayam ataupun daging samada dipotong besar ataupun kecil.

Caranya:

Tumis tiga serangkai beserta bawang sehingga bawang menjadi garing. Jangan sampai hitam nanti kuah pahit. Cukup ia menjadi perang seratanya seperti warna bawang goreng. Campurkan rempah kurma bersama serbuk cili ataupun blended cili kering kemudian masukkan ke dalam periuk. Masak sehingga naik dengan baik bau dan juga minyak. Jika hampir kering dan garing ramuan ini, tambahkan dengan air. Akhir sekali masukkan lauk ayam ataupun daging beserta gula dan garam secukupnya.

Jika ingin berkuah boleh masukkan segelas santan pekat. Biasanya kuah kerutuk ini manis. Oleh itu masukkan banyak gula mengikut selera masing-masing.

About these ads

tinggalkan komen/pertanyaan/perbincangan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s