Resepi Pulut Kuning


Assalamualaikum.

Dalam menulis resepi kali ini, chemek ingin kongsi cara membuat pulut kuning yang ‘simple’. Simple kerana chemek tidak gunakan teknik merendam beras pulut semalaman seperti amalan tradisi mak dan nenek kita dan cara memasaknya ialah dengan menggunakan microwave bukannya periuk kukus.

1. Basuh beras dan rendam selama 3-5 minit. (resepi ini untuk kadar 2 pot beras pulut) sediakan mangkuk (spt pyrex) yang sesuai digunakan dalam microwave. Masukkan beras ke dalam mangkuk tersebut dan pastikan air untuk beras kurang dari kuantiti beras. Jika kita masak nasi biasanya air sama banyak dengan paras beras. Tetapi untuk masak pulut kurangkan airnya sedikit.

2. Masukkan setitik ataupun dua titik pewarna kuning, ataupun boleh gunakan serbuk kunyit – bagi mereka yang tiada kunyit yang ditumbuk dan dapatkan sesudu airnya.

3. Masukkan 3-5 kuntum bunga cengkih.

4. Masukkan sesudu minyak masak (tujuannya untuk menghasilkan pulut yang segar berkilat)

5. kacau-kacau terlebih dahulu semuanya.

6. Masukkan dalam microwave dan setkan masa memasak pulut tadi. Lihat manual penggunaan microwave masing-masing untuk memasak nasi. Jika tidak ada, boleh cuba setkan masanya 5 minit dahulu. Kemudian tambah lagi 5 minit berikutnya. Jika tak masak lagi, tambah lagi 5 minit..dan seterusnya.

7. Microwave chemek biasanya memasak nasi selama 20 minit. Maka Chemek akan setkan waktu untuk memasak beras pulut ini selama 17 minit.

8. Setelah selesai 17 minit pertama ini. Chemek mengeluarkan pulut ini dan gaulkan dengan 2-3 sudu santan pekat yang telah dimasukkan dengan sedikit garam.

9. Kemudian chemek masukkan semula ke dalam microwave dan setkan masa tambahan 3 minit lagi.

Pulut ini sedia untuk dihidangkan sekarang. Cara ini sesuai digunakan kerana ia boleh mengelak pembaziran. Chemek tidak masak pulut kuning banyak-banyak sekaligus untuk jamuan rumah terbuka. Bila nampak dah nak habis pulut yang tersedia, barulah chemek akan buat tambahan pulut baru. Tambah lagi waktu penyediaannya kurang dari 30 minit. lebih kurang 10 minit untuk menyediakan bahan asas dan 20 minit untuk mengukusnya dengan microwave. Siap sahaja, boleh terus angkat ke meja tetamu tanpa perlu salin bekas yang lain.

Biasanya untuk hidangan pulut kuning ini diiringi dengan kuah kerutuk daging ataupun kari ayam dan roti bun/roti jala.

Selamat mencuba!

About these ads

3 thoughts on “Resepi Pulut Kuning

  1. X SUKA BETUL AKU DENGAN RESEPI PULUT KUNING NIE BAIK PILIH DEKAT TEMPAT YG LAIN JE SAYA PILIH SANGAT MEMUASKAN BOOOOOOOOOO………..

tinggalkan komen/pertanyaan/perbincangan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s