Resepi Puding / Kek Tiramisu

Alhamdulillah semalam dapat sediakan sedikit juadah berbuka puasa untuk para tetamu. Sambil membantu suami menyiapkan signature dishes-nya yakni mee kari dan nasi biryani ikan, Chemek dapat sediakan sedikit pemanis mulut untuk para tetamu yang akan datang berbuka puasa di rumah.

Chemek mohon maaf kerana tidak dapat memenuhi tempahan tiramisu baik untuk Ramadan ataupun idul-Fitri. Namun jika ada sesiapa yang berminat, Chemek sudah perturunkan resepi ini kepada dua orang adik Chemek. Jika berminat untuk menempah boleh mesej peribadi nanti.

Sebenarnya untuk sediakan tiramisu ini terlalu mudah. Ambil masa dalam 30 minit sahaja.Chemek harap penggemar tiramisu yang mengunjungi blog ini akan berjaya mencubanya dan tidak perlu membeli tiramisu lagi. Biasanya untuk sepotong kek tiramisu kita perlu membayar di antara RM9-16 bergantung kepada tempat kita makan. Harga biasa kek tiramisu seberat 1kg paling murah RM50 boleh didapati di sekitar kedai kek.

Di sini Chemek ingin kongsi resepi tiramisu dengan saudara-saudari. Semoga juadah ini nanti akan menjadi tali kasih sayang di dalam keluarga dan saudara-mara.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Ricota Cheese/Miscarpone Cheese (ataupun Turtura Cheese nak guna Philadelphia Cheese pun boleh) 200-250g

2. Double ataupun single cream (200-250l) ataupun boleh diganti dengan whipping cream dalam kotak yang sama kuantitinya.

Campurkan dua bahan ini dan masukkan gula 5-7 sudu sahaja. Bagi yang suka manis-manis boleh tambah 2-3 sudu lagi. Tetapi fikirkan kesihatan ya.Boleh masukkan sesudu vanila juga. Guna mixer ataupun blender untuk hasilkan cream tiramisu ini. Sila tambah kuantiti di atas jika mahu banyak layer (dan tebal).

Setelah siap cream ini, kita sediakan layer tiramisu ini.

Untuk layer tiramisu ini kita perlukan:

Sponge finger (lady fingers) dalam 10-12 bergantung kepada berapa besar bekas yang kita gunakan.

Bancuhan air kopi ataupun nescaffe – dalam 1-2 sudu kecil dan campurkan dengan air panas.

Ini ialah asas resepi tiramisu yang biasa.

Jadi fingers ini kita celupkan dalam bancuhan air kopi/nescafe tadi dan susun dalam bekas. Siap satu layer kita olehkan cream ricota/double cream tadi sebagai layer kedua. Begitulah untuk layer seterusnya susun lagi sekali finger yang telah dicelup dengan kopi tadi dan buat berulang-ulang kali layer tersebut sehingga habis/penuh bekas.

Jika tiada fingers, apa yang boleh dijadikan alternatif ? Jangan bimbang, biskut marie perasa biasa adalah alternatif yang baik malah Chemek rasa lebih sedap berbanding guna finger. Malah ia lebih murah. Chemek sering beli biskut marie Pesta yang berharga 6.90 yang banyak tu dan memang kadang-kala selang selikan layer finger paling bawah, cream layer kedua, biskut marie yang dicelup air kopi itu untuk layer ketiga dan memang chemek akan doublekan/kdg2 triple-kan penyediakan cream ricota/whipping cream untuk tebalkan layer-layer ini.

Kawan-kawan ada yang puji tiramisu Chemek sedap. Alhamdulillah. Antara petua untuk dapatkan tiramisu sedap ini sebenarnya bergantung kepada bahan-bahan tambahan yang Chemek gunakan iaitu:

1. Chemek masukkan sesudu esen vanila dalam bancuhan kopi/nescafe

2. Chemek masukkan kek gulung perisa kopi yang dihiris nipis-nipis di layer teratas sebelum menutup keseluruhan tiramisu ini dengan keseluruhan cream. Aha! pecah rahsia. InsyaAllah Chemek tak sayang berkongsi cara di atas dengan anda. Semoga kita sama-sama dapat pahala.

Untuk melihat tatacara buat tiramisu, anda boleh google dari youtube untuk tahu cara membuat tiramisu yang ringkas.

Setelah siap semua layer, boleh taburkan serbuk koko, milo, ataupun chocolate rice.

Sejukkan dalam peti sejuk dalam 1-2 jam sebelum hidang untuk hasil yang lebih menyelerakan.

Selamat mencuba ‘tiramisu ala Chemekmolek’, semoga kita semua dapat manfaat dari perkongsian ini. Salam Ramadan dan salam Idul-Fitri.

Advertisement

About chemekmolek

a proud Kelantanese and a gypsy of knowledge. a mother of four who loves reading, blogging, cooking and traveling. she writes because it is a way where she can learn new thing and share.
This entry was posted in Dakwah. Bookmark the permalink.

4 Responses to Resepi Puding / Kek Tiramisu

  1. mdm zaaaa says:

    kalau di kelantan.. mana boleh dapatkan biskut tiramitsu ni?

    • chemekmolek says:

      mdm zaaaaa, baru dpt reply msg puan. Untuk beli sponge finger utk buat tiramisu ini – ada sebuah kedai bahan kek berhampiran dgn jalan gajah mati/hotel juita in (kalau tak silap)

  2. ummu aleeya hani says:

    Terima kasih atas perkongsian. Nak tanya, bahan2 mudah ke didapati di Malaysia? Harganya mesti mahal sedikit kan?

    • chemekmolek says:

      bahan-bahan untuk buat tiramisu ini boleh dibeli di kebanyakan pasaraya spt giant, econsave, tesco etc. harga utk mascaporne cheese sedikit mahal tetapi ada alternatif cheese lain yg boleh dibeli terutama apabila ada promotion/reduced price. di sini single/double cream kita ganti dgn whipping cream. harganya boleh tahan jugak tetapi kalau beli di kedai bahan-bahan buat kek, kadang2 tu boleh beli dgn harga murah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s