Hudud – Re-visited

Isu apakah pula yang ingin ditutup kali ini? Atau isu apakah yang tak terjawab dan cuba dilarikan? Apakah ini petanda pilihanraya semakin hampir?

Sejak Pas mengambil alih Kerajaan Negeri Kelantan lebih 21 tahun berulang-ulang isu hudud dipaparkan oleh media. Chemek lebih suka melihat perkara ini sebagai petanda yang ‘semakin positif’. Chemek percaya, jika ditanya ramai orang yang mengikuti perbincangan politik, akademik ataupun kedai kopi tentang isu hudud ini, mereka akan bersetuju menyatakan bahawa ‘kefahaman mereka berkaitan dengan hudud ini semakin bertambah dari sehari ke sehari’.

Maka semakin banyak media menyebut tentang hudud, Qisas ataupun kanun jenayah syariat samada berunsur politik, menakut-nakutkan ataupun apa jua tujuannya, maka ia sebenarnya  semakin membuka pintu kepada penyebaran yang lebih giat lagi ilmu mengenai perlaksanaan hukum hudud ini.

Samalah juga kesnya dengan paparan isu Mat Indera dan Mat Sabu baru-baru ini. Semakin hari semakin banyak pekung terbuka. Tirai sejarah semakin terbuka dan rakyat semakin celik. Bukankah kita telah mendapati satu penemuan yang baru apabila kes Mat Indera diperbesar-besarkan yang akhirnya membuka persoalan yang paling asas ‘apakah  sebenarnya tanah melayu ini dijajah oleh Inggeris?’ ‘Apakah Inggeris penjajah?’ Jika Inggeris penjajah maka golongan yang menentang penjajah harusnya dianggap sebagai apa? ‘Penentang penjajah?, Golongan pembebasan?’ Pemberontak? Golongan haluan kanan? Golongan Kiri? Komunis? dan ‘siapakah sebenarnya yang mengemudi usaha ‘pembebasan negara’ dari pihak kolonial?

Sedikit demi sedikit paparan media dari semua pihak lebih-lebih lagi dari media perdana telah menyuntik suatu perkara baru dan membangkitkan kita untuk memikirkan tentang sejarah secara lebih kritikal dan serius.

Usaha untuk mewujudkan rasa ‘panic’ dan ketakutan terhadap  hudud di kalangan bukan Islam adalah tidak munasabah. Secara warasnya seorang bukan Islam yang baik tidak seharusnya berasa ‘panic’ ataupun gerun terhadap perlaksanaan perundangan Islam. Kerana undang-undang hudud ini khusus untuk penyenayah (iaitu  untuk orang-orang jahat (beragama Islam) yang menyalahi undang-undang dan membuat kerosakan). Bahkan perlaksanaan hudud sebenarnya untuk melindungi semua pihak tanpa mengira latar-belakang agama dan keturunan. (Boleh baca tulisan Chemek ditulis pada tahun 2008, mengenai apakah bukan Islam dikenakan hudud) – klik Boleh juga ikuti ceramah-ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenainya dalam youtube.

Tidakkah kita ingin melihat penjenayah yang merogol dan membunuh anak-anak gadis kita ke muka pengadilan? (Qisas) Tidakkah kita ingin melihat keadilan ditegakkan membela dan menyelamatkan anak-anak kecil, anak gadis dan wanita yang telah dilari, dijual, diculik dan menjadi hamba seks? Mengapa kita serba-salah untuk melaksanakan undang-undang yang boleh mengurangkan dan menyelesaikan antara jenayah yang disebut di atas?Mengapa kita lebih ingin membela pencuri dan perompak yang mengambil harta orang kaya dan miskin tanpa hak? Apakah kita ingin membela penyimbah asid yang membuatkan orang lain menderita?

Perkara yang paling asas dalam perlaksanaan hukum hudud ini ialah untuk membela mangsa yang telah mendapat kemalangan, kecurian, rompakan, kecederaan, kehilangan maruah, kecacatan dsb. Ia bukan bertujuan untuk membela penjenayah yang telah membuat kacau-bilau, kejahatan, kezaliman dan malapetaka dalam kehidupan masyarakat. Hudud ialah suatu bentuk jaminan sosial untuk masyarakat dan memastikan kesejahteraan setiap anggotanya.

Membaca berita streotype tentang Hudud dan Karpal Singh dimuatkan di dalam berita-berita seolah menayang topik berita yang sama sejak zaman berzaman.  Apakah media ingin gambarkan bibit pepecahan dalam Pakatan Rakyat? Perselisihan dan tidak sama pandangan bukan petanda kepada pepecahan selagi kedua pihak masih memiliki matlamat dan lain-lain persefahaman dalam hal-hal lain. Apakah sudah tiada idea baru dalam laporan media? Kita sudah masak dengan pendirian Karpal Singh mengenai hudud dan kita juga akui ketegasan Tuan Guru Nik Aziz mempertahankan perjuangannya. Jadi apakah dia perkara baru yang cuba disampaikan di sini?

Pihak Pas bertepuk tangan. Mereka tidak perlu bersusah payah untuk menaikkan isu hudud ini. Baik ia disampaikan secara positif ataupun negatif, persoalan hudud akan diketengahkan di hadapan khalayak. Ia telah dibawa ke gelenggang rakyat. Minda rakyat sudah berubah dengan perkembangan semasa. Maklumat kini di hujung jari. Seperti kes Mat Indera tadi, saluran google, yahoo search akan mendapat hit terbanyak. Sekali taip sahaja perkataan ‘hudud’ dalam search engine. Rakyat akan menemui maklumat mengenainya dari ribuan sumber. Ketika ini  sekali lagi ada pihak yang terpaksa mengangkat bendera putih.

Advertisement

About chemekmolek

a proud Kelantanese and a gypsy of knowledge. a mother of four who loves reading, blogging, cooking and traveling. she writes because it is a way where she can learn new thing and share.
This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s