Resepi Kuah Kuzi


Sejak kelmarin duk terlintas (teringin) nak makan roti jala dengan kuah kuzi. Tapi Chemek nak tunggu hari Jumaat atau Sabtu baru boleh masak lama sikit di dapur.

Sementara tunggu 2-3 hari lagi, Chemek ingin kongsi resepi kuah kuzi. Ada macam-macam cara orang masak kuzi ini. Bagi Chemek yang tiada stok rempah kuzi, ini cara yang Chemek biasa lakukan.

Untuk masak kuah kuzi – ayam saiz sederhana / baby chicken kita perlukan:

1. Ayam yang dipotong kecil-kecil. Untuk pastikan ayam ini tahan – goreng sekejap tetapi tidak garing. Orang Kelantan kata, goreng hawa-hawa jah.., Chemek pun tok tahu gapo makna hawa-hawa ni, lebih kurang sedang-sedang..

2. Satu biji bawang besar yang dimayang dan ditumis dengan rempah empat beradik (cengkih, pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)

3. Apabila elok naik bau dan bawang tadi sudah keperangan…

4. Masukkan bancuhan rempah (air panas dan rempah kurma). Jika tiada rempah kurma Malaysia, boleh guna rempah/paste kurma made in India or Pakistan. Cuma kena aware yang rempah paste ini biasanya agak masam. Jadi gunakan dengan bijak supaya kuah kuzi nanti tidak masam.

5. Masukkan chopped tomato. Jika guna tomato segar dalam 4-5 biji. Jika guna tomato tin (dalam satu tin) – bukan tomato puree.

6. Untuk memerahkan lagi warna kuzi ini boleh masukkan 1-2 sudu tomato sauce ataupin 1 sudu tomato puree.

7. Kemudian, masukkanlah ayam-ayam yang kita goreng tadi.

8. Kacau-kacau dengan senduk (kayu) dan kemudian masukkan susu tin ataupun susu segar. Jika nak masukkan santan pun okay tetapi pastikan guna santan yang light. Bukan santan pekat. Better guna susu lah ya.

9. Untuk memekatkan kuah kuzi, kita masukkan 2-3 senduk bawang goreng. (bawang merah goreng)

10. Seterusnya boleh masukkan kismis. Oh ya, kalau nak masukkan badan, potong dua/hiris nipis dan dimasukkan lebih awal.

Anggaran menyediakan kuah kuzi ini dalam 45 minit-sejam. Perlu sentiasa dikacau perlahan-lahan supaya rempah dan yang lain-lain tadi tidak hangus. Jika hangus, kuzi ini terasa pahit.

Sebut tentang rasa ini, kuah kuzi ini biasanya manis. Oleh itu masukkan 3-4 sudu gula ataupun lebih lagi mengikut selera. Jangan lupa masukkan garam.

Kuah ini sedap dimakan dengan roti jala, roti bun ataupun nasi biryani.

Selamat mencuba!

InshaAllah nanti Chemek upload gambar kuah kuzi nanti!

About these ads

tinggalkan komen/pertanyaan/perbincangan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s