Pas dan Perpaduan Melayu?


‘Muhammad telah memecah-belahkan kesatuan orang Arab!’.

‘Islam yang dibawa oleh Muhammad membuatkan masyarakat Arab berpecah’.

‘Kita adalah orang Arab. Kita ada tradisi kita. Apa yang dibawa oleh Muhammad menyalahi tradisi orang Arab’.

‘Islam adalah agama yang memecah-belahkan orang Quraisy. Anak menjadi ingkar kepada ibubapa dan keluarga sendiri’.

Abu Talib tidak dapat membuat apa-apa. Dia juga telah ditekan oleh kaum kerabat dan pemimpin-pemimpin kabilah Arab Quraisy yang lain. Apa daya dia lagi, Muhammad anak saudara yang dijaga sejak dari kecil itu juga tetap dengan pendiriannya. Pelbagai hujah dan kata-kata dilemparkan kepadanya seumpama pohon yang masih muda dilempar dengan batu-batu keras. Abu Talib tidak pasti berdayakah Muhammad dapat mempertahankan dirinya. Di kala dia tiada lagi di sisinya.

Kata-kata keras dan ugutan daripada para ketua kabilah membuatkan Abu Talib makin bimbang. Demikianlah sedikit ujian yang pernah diterima oleh Rasulullah s.a.w setelah baginda membawa risalah Islam.

Sedangkan dakwah Islam yang baginda bawa untuk membawa manusia kembali menerima akidah yang tulen, bukannya mengambil akidah yang berselaput dengan syirik ataupun bercerai dari agama sama sekali.

Dakwah baginda juga untuk mengembalikan kebebasan manusia daripada menjadi hamba abdi kepada tuan dan berhala kepada insan yang bertuhan.

Baginda juga mengembalikan keadilan dan status manusia. Wanita mulia seperti mulianya kaum lelaki, menghapuskan pembunuhan bersifat taasub bangsa, kekabilahan ataupun berlainan martabat.

Dakwah baginda menukar pemikiran serta tradisi yang menyimpang dan zalim seperti tradisi pembunuhan bayi perempuan.

Dakwah Islam merubah budaya sosial seperti minum arak, judi, pelacuran, dsb kepada mengamalkan kehidupan yang sihat, tidak membazir, berakhlak dan menjaga nasab keturunan.

Dakwah Islam juga membetulkan gaya hidup daripada menindas dengan riba kepada perkongsian rezeki melalui sedekah dan zakat.

Beginilah nature sebuah perjuangan dakwah.

Pas sebagai parti politik dan sebuah jemaah dakwah juga menghadapi dakwaan sebagai pemecah belah kepada perpaduan bangsa melayu. Sedangkan orang yang mengambil pendirian sekular tidak pula disebut sebagai punca pecah belah di kalangan orang melayu Dan Islam. Penentangan politik Pas terhadap umno pula dilihat meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi Dan di sudut perlembagaan sebagai tindakan menggugat.

Sedangkan penentangan parti politik melayu kepada Pas tidak pula dilihat sebagai meletakkan Islam dalam keadaan tergugat walaupun kedudukan Islam dalam negara boleh di umpamakan seperti keadaan bangunan yang sedang dimakan Oleh anai-anai.

8 thoughts on “Pas dan Perpaduan Melayu?

  1. parop tino ni,,,mu gunakan kisah dakwah Nabi saw kpd kapir quraish sbg perbandingan kpd isu sebahagian melayu2 mengkritik tindakan Pas tolak perpaduan melayu. aku malas nok kecek lebih jauh soal perpaduan melayu,,,, cuma aku nok tanyo mu wahai betina mulut manis tapi mampu memesongkan minda org lain ttg Islam,,,melayu melayu lain selain melayu dalam pas ni ore kapir ko ? biar aku tazkirah ringkas sikik ko mu mektot wehh,,,,, x kira melayu umno atau melayu pas,,,,melayu2 di malaysia ni adalah dikenali sebagai org Islam,,,(mu xsoh sebutlah melayu hok murtad tuh cerito lain),,,,,melainkan dalam hati busuk mu dan puak2 mu anggap melayu pas sahaja yg Islam dan melayu parti lain adalah kapir,,, jadi aku nok oyak ko mu –> mu jange sesuka hati & ikut kepala otak mu yg secara x sedar terpengaruh bisikan2 halus setan ,,membuat kesesatan minda dalam berdakwah semata2 utk menggambarkan tindakan2 politik yg sudah tentu berkepentingan politik oleh parti politik yg mu dokong tu benar2 belaka,,, mu wahai betina jgn sampai di anggap lebih jahil dlm pemberian fakta berbanding dgn org2 yg mu anggap jahil, aku malas jgk nok kecek banyok sbb nk tengok komen balas drpd mu sediri plk,

    • Terima kasih di atas komen ini.

      Jika tuan dapat baca kembali posting ini, tentu Akan dapati perbincangan yang ingin Saya bawa hanyalah dalam kontek etnik identiti iaitu bangsa. Tiada kaitan langsung dengan isu akidah seperti yang di ketengahkan Oleh tuan.

      Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, baginda terpaksa menghadapi tohmahan daripada Kaum keluarga yang sebangsa dengan baginda setelah dilantik sebagai Nabi dan Rasul. Baginda yang membawa Islam telah dituduh menjadi punca pecah belah perpaduan bangsa Arab.

      Dalam kontek Malaysia, pernah berlaku sejak pas ditubuhkan sehinggalah mentadbir Kelantan, Pas sebagai sebuah Kumpulan Islam telah dituduh memecah-belahkan perpaduan orang melayu. Keratan-keratan akhbar yang menjadi lidah rasmi UMNO telah menyiarkan tohmahan ini sejak dahulu. Mengapakah UMNO mengatakan sedemikian?

      Pas sejak awal Dan Asal penubuhannya meletakkan dasar Quran Dan Hadith sebagai perlembagaan. Jadi Pas lebih hampir dengan bangsa Melayu (jika ditekuni dalam perlembagaan Malaysia orang melayu merujuk kepada orang Islam di tanah melayu yang mengamalkan budaya Islam, melayu Dan bercakap bahasa melayu.

      Dalam posting ini juga Saya tidak menyebut pun tentang UMNO Dan kafir.

      Untuk makluman tuan kaum Quraisy bukan merujuk kepada Kumpulan akidah tetapi bangsa Arab. Nabi Muhammad, Abu Bakar a.s Dan tiga orang khulafa ar rasyidin berketurunan Kaum Quraisy. Mereka ialah sebahagian daripada bangsa Arab Quraisy sebagaimana latarbelakang kebanyakan orang Pas ialah orang melayu. Inilah mesej posting Saya di atas.

      Dalam bidang ilmu sains politik, Kumpulan Islamist Dan sekularis dan nationalist adalah trend yang biasa. Dalam konteks malaysia, Pas boleh mewakili Kumpulan islamis walaupun masih kurang tepat. UMNO pula di pihak nasionalis (kebangsaan) yang secara jelasnya hanya terima Islam jika ia bersesuaian dengan parti dan dasar kerajaan sahaja. Mana yang tidak, ditinggalkan. Sewaktu menulis posting ini Saya sedar tentang kewujudan term ini dalam dunia politik di Malaysia Dan luar negara.

      Bagaimana pun Saya mengucapkan terima kasih di atas komen yang diberikan.

      • janganla cuba nak menafikan kenyataan tuan guru nik aziz dan amanat haji hadi awang yang mengkafirkan orang melayu UMNO secara terang2an, sampai ade yang berimam 2 orang dalam satu qariah. Apakah ini tidak menunjukkan perpecahan di kalangan umat Islam atas nama perjuangan Islam yang nyata hanya menjual agama untuk mendapatkan kuasa?

    • En. Ahmad ni cepat melenting knape? panggil betina bagai, bahasa kau tu sendiri buat malu melayu je, apakan lagi agama Islam.

      Mengaku je la org Melayu pun pernah (atau masih?) leka dgn hiburan dunia. Cuma perangai hadad dengki je belum buang2.

      • Sdr/i OrangMuar,

        Isu kafir mengkafir sudah lapuk. Kita mesti lihat ke hadapan.

        Apa transformasi yg ingin di bawa oleh UMNO dlm menjamin akidah dan pegangan agama orang melayu Islam bertambah kukuh dan mantap. Jika di peringkat Pas kita sudah tahu, UMNO bagaimana?

    • kita mesti cari role model. kalau tak dapat tiru semuanya, dapat tiru sikit2 pun tak mengapa. UMNO pun tak salah kalau nak tiru role model dari Rasulullah s.a.w.

tinggalkan komen/pertanyaan/perbincangan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s