Wanita Kelantan Setelah Tahun 1990

Pembaharuan

 

 

Note

  • Pemakaian tudung dan kod pakaian yang sopan dan menutup aurat. Permintaan memakai tudung bermula pada 1990. Hanya selepas 15 tahun mendidik dan berkempen supaya menutup aurat barulah hukuman denda dikenakan iaitu pada tahun 2005, bagi mereka yang menyalahi kod berpakaian sopan yang ditetapkan. 

  • Wanita yang bekerja di kilang-kilang dinasihati mengambil shif bekerja pada waktu siang. Ini diambil sebagai langkah keselamatan terutamanya gadis-gadis kilang agar mereka tidak diganggu dan sebagainya.

  • Cuti wanita bersalin – 60 hari. Diperkenalkan oleh Kerajaan negeri Kelantan kemudian diikuti oleh Kerajaan Pusat.

  • Budaya ilmu – Guru-guru wanita Halaqat. Pembelajaran Agama berterusan untuk kaum wanita sesuai dengan budaya negeri digelar Serambi Mekah.

  • Pengenalan cuti 2 hari hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu. Sesuai dengan matlamat dan pembangunan spiritual dan keluarga. Hari Jumaat khusus untuk kebesaran Islam manakala hari Sabtu ialah hari untuk Keluarga. Cuti 2 hari ini diikuti oleh kerajaan Pusat.

  • Pengenalan kepada kaunter berasingan mengikut jantina terutamanya di pasar-pasaraya.

  • Penukaran Nama Pasar Besar Buluh Kubu kepada Pasar Besar Siti Khadijah dan juga penamaan Pasar-pasar daerah dengan nama-nama Ummahat Mukminin – mengambil kira sumbangan kaum wanita Kelantan terhadap perkembangan ekonomi yang dinamik di seluruh negeri.

  • Perlantikan Senator Wanita.

  • Perlantikan Penghulu Wanita.

  • Perlantikan pegawai-pegawai wanita sebagai ketua di Jabatan-jabatan kerajaam. 
  • Memperkenalkan Skim Takaful dan tabung khusus untuk wanita – Armalah.

tuan-guru-taking-the-press-corps.jpg

Sumber gambar: Sheih

Perubahan yang telah dilakukan di bawah Kerajaan Negeri melibatkan pembaharuan dalam beberapa aspek melibatkan:

a) Program Pentadbiran dan Kewangan

Dalam kedua-dua aspek ini beberapa perubahan dasar dan tindakan telah dilakukan kearah merealisasikan konsep Membangun Bersama Islam, antaranya:

  • Membudayakan adab membuka dan menutup majlis cara Islam, iaitu dimulakan dengan membaca surah al-Fatihah dan ditutup dengan surah al-Asr
  • Meluluskan Pekeliling Pentadbiran Islam  (1994)
  • Penutupan premis-premis  judi
  • Menguatkuasakan etika pakaian Islam (menutup aurat)
  • Pengawalan kedai gunting (elak wanita menggunting rambut lelaki)
  • Melarang papan tanda (iklan) yang memperniagakan wanita dan yang bercanggah dengan Islam
  • Tidak mengeluarkan lesen premis kepada pusat hiburan.
  • Menyusun semula premis penjualan arak berkuatkuasa mulai 1 Julai 1993. Semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel, restoran atau kedai makan. Namun orang bukan Islam boleh minum dirumah kediaman mereka atau di tempat bukan tempat awam.
  • Pengurusan hotel berkonsepkan Islam
  • Mewujudkan kaunter pembayaran berasingan bagi lelaki dan wanita di pasar-pasar raya
  • Mengasingkan tempat duduk lelaki dan wanita dalam majlis-majlis rasmi
  • Pinjaman secara Islam kepada kakitangan kerajaan
  • Mengasingkan akaun halal dan haram
  • Bekerja lima hari seminggu (cuti pada hari Jumaat dan Sabtu)
  • Cuti bersalin  ditambah daripada 42 hari kepada 60 hari
  • Masa tamat kerja diperawalkan dengan tiadanya waktu rehat tengah hari dalam bulan Ramadhan
  • Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 yang mengutamakan nilai-nilai keislaman.
  • Kawalan waktu berniaga di waktu Maghrib bagi membolehkan peniaga menunaikan solat.
  • Pemindahan akaun simpanan tetap kerajaan daripada sistem perbankan riba kepada sistem perbankan Islam
  • Sistem al-Rahn (pajak gadai Islam)
  • Menubuhkan tabung Serambi Mekah  

b) Program Kemajuan Islam

Diantara program-program yang telah dilakukan oleh kerajaan ialah

  • Memperkenalkan Unit Dakwah Halaqat
  • Menambah bilangan guru Quran dan Fardhu Ain
  • Penyelarasan aktiviti bersama badan-badan  dakwah
  • Meningkatkan kegiatan dakwah melalui jabatan  / ajensi kerajaan
  • Mewujudkan program dakwah melalui Jawatankuasa Penerangan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Mempertingkatkan fungsi Bahagian Dakwah,  di Jabatan Agama Islam
  • Menggalakkan penyertaan bukan Islam ke Majlis kebesaran Islam dan program rasmi Kerajaan
  • Kempen Menutup Aurat
  • Program Ihya’ Ramadhan
  • Program mengimarah masjid
  • Program sambutan Hari Hudud
  • Program Bulan Sembahyang
  • Pakej pelancongan Ramadhan
  • Melaksanakan tabung al-Qardhul Hassan di masjid-masjid.
  • Meghapuskan aktiviti pelacuran
  • Penubuhan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail  Petra (KIAS) bertaraf Universiti
  • Penubuhan Maahad Tahfiz al-Quran , Pulai Condong
  • Memasukkan acara Seni dan Budaya Islam dalam Karnival Kebudayaan Kelantan
  • Meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1983)
  • Dasar Kebudayaan Negeri berteraskan prinsip Islam (1998)
  • Dasar pelancongan Negeri berprinsipkan Islam
  • Memeprincikan prinsip keIslaman dalam dasar Kawalan Hiburan  Negeri 1998 dan mengutamakan nilai-nilai Islam dalam peraturan Kawalan Hiburan 1999
  • Memperkemaskan Enakmen Keluarga Islam 1993 (Pindaan 1999) 

c) Program Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat

Terdapat banyak program dan projek pembangunan dan  kesejahteraan rakyat yang telah dijalankan, antaranya:

  • Mempertingkatkan fungsi Pejabat Pembangunan Negeri dalam menyelaraskan projek
  • Mempertingkatkan peranan Pejabat Tanah dan Jajahan
  • Menyalur peruntukan melalui Wakil Rakyat
  • Mempertingkat peranan Pihak Berkuasa Tempatan
  • Meneruskan perlaksanaan pelbagai projek kesejahteraan rakyat seperti menaik taraf jalan dan jambatan  dan lain-lain
  • Dasar tender terbuka dalam pembalakan
  • Dasar jimat cermat dalam perbelanjaan
  • Dasar ta’awun dalm pelaksanaan projek
  • Sumbangan sosial kepada golongan dhaif oleh ajensi korporat kerajaan seperti YAKIN, PKINK dan KPK.     

 pickumpulan4.jpg

sumber gambar: Majlis Perbandaran Kota Bharu – 1) Masjid al-Bara’ah yang dibina oleh Kerajaan Negeri bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah. 2) Tuan Guru sebagai Ketua Negeri Mengimani Solat Terawih di Dataran KB, 3) Program Sempena Hari Kebesaran Islam yang turut disertai oleh rakyat Bukan Islam – malah mereka menyediakan Bubur Asyura, suatu yang belum pernah berlaku di negeri lain. 4) Tazkirah sempena Ihya Ramadan dalam Khemah Sementara yang didirikan di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Sehubungan itu juga Bulan Ramadan ialah Bulan Melawat Kelantan.

 

2 Comments

2 responses so far ↓

  • Mualaf // March 3, 2008 at 2:28 am | Reply

    Assallammualakum…
    Ikhlaskan hati…
    Kuatkan I’ktikad…
    Semarakkan Nur KeImanan untuk umat sejagat…
    Pertabatkan Tauhid Uluhiyyah & Rububiah di muka bumi Allah swt…

    p/s : Teruskan Perjuangan

  • mekkelate // March 3, 2008 at 2:36 am | Reply

    boleh juga masukkan sajak dinsman bertajuk, 100 Fakta PAS Kelantan. Vid di youtube pun ada

Leave a Comment