Umum

Puisi – Balasan Untuk Oki Setiana Dewi

Tersentuh hatiku seorang rakyat hina dari sebuah negeri ulama negeri tadahan wahyu mendengar kata dan madah bait-bait indah berseni … seorang puteri islam dari pulau seberang oki setiana dewi tanah negeri ini pasti merindu kapan bilakah lagi dapat melihat kau atur lagi langkahmu meninggalkan jejakmu di sini di negeri Kelantan Kuutuskan rindu seorang rakyat Kelantan… Continue reading Puisi – Balasan Untuk Oki Setiana Dewi

Umum

Wahai Anakku – Pesanan ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

Wahai anakku,
Bersyukurlah bilamana kamu dipilih oleh Allah berada dalam perjuangan bagi menegakkan agamaNya, sedang engkau bukanlah orang yang terbaik. Bersyukurlah kerana penggabungan ini. Lihatlah dikelilingmu, renungilah sahabat dan mereka yang bertungkus lumus siang malam bagi membantumu dalam perjuangan ini. Mereka sedia berkorban harta yang mereka miliki dari penat lelah seharian mencari rezeki bagi memenangkan perjuangan ini.
 
Wahai anakku,
Janganlah engkau khianati perjuangan kerana engkau tidak akan selamat dari cercaan dan tohmahan manusia. kenanglah di saat mana seluruh orang- orang tuan menadah tangan setiap malam, merayu agar Allah memenangkan perjuangan ini. Engkau dirai bagai pengantin dan pahlawan. Mereka memandangmu dengan penuh kasih sayang, harapan dan keinginan agar engkau berjaya. Mereka sanggup memecahkan tabung bagi membantumu dikala kamu susah ketiadaan wang, ibu- ibu miskin sedia menanggalkan gelang bagi membantu perjuangan ini, sedang anak- anak muda sedia berjaga malam demi memenangkan perjuangan.
 
Wahai anakku,
Aku ungkitkan semua ini kerana terkadang silauan dunia akan melupakan kamu dari hakikat hidup yang pernah kamu lalui. Bilamana bertukar kawan- kawan sekelilingmu dari orang kampung yang keras tapak tangan, berkematu dek kepayahan membanting tulang mencari sesuap nasi menanggung anak isteri dan perjuangan; mungkin kini engkau tidak lagi dilingkungi oleh mereka. Di saat engkau semakin kehilangan mereka dalam hidup dan masa depanmu,  jangan sesekali kamu mengkhianati mereka. Wahai anakku, Perjuangan ini sangat panjang dan penuh dengan mehnah dan tribulasi. Aku sering menadah tangan berdoa agar Allah tidak menguji aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku hadapi. Aku sering memohon keampunan Tuhanku agar dia sedia mengampuni dosaku yang banyak ini, dan menegakkan kakiku dalam perjuangan. Kerana tiada satu jaminan istiqamah dalam perjuangan ini melainkan rahmat Allah.
 
Wahai anakku,
Bilamana aku menasihatimu, bukanlah kerana aku tidak yakin kepadamu. Tetapi aku sekadar  mengigatkan kamu kepada apa yang boleh melekakan kamu. Tentulah kamu ingat akan hadis Rasulullah S.A.W, maksudnya ” apabila Allah ingin membinasakan seekor semut, maka Dia akan menumbuhkan sayapnya”. Semut sangat bangga memperolehi sayap, dia rasa hebat boleh terbang keluar dari busut yang melindunginya berbulan- bulan namun bilama ia terbang sahaja keluar, maka ia terdedah kepada kemusnahan dan kebinasaan. Wahai anaku, Bersahabatlah dengan orang miskin, engkau akan bersyukur. Bersamalah dalam majlis ilmu, engkau akan mendapat suluhan cahaya petunjuk, bergaullah dengan para abid, engkau akan terpelihara amalanmu, berkawanlah dengan orang yang soleh, kamu akan terkena kebaikannya. Doalah kebaikan sesaorang yang membencimu, nescaya kamu mengecewakan syaitan yang ingin merosakkan pergaulanmu. Wahai anakku, Lebih banyak engkau bersangka baik kepada sahabatmu, lebih tenang jiwamu, lebih ikhlas pergaulanmu, dan akan bertambah rahmat Allah ke atas kamu. Namun bilamana menebal kebencianmu, akan pudar cahaya uhkwahmu, akan terserlah keburukanmu, dan syaitan akan gembira dengan tindakanmu. Senyumlah kerana Allah menciptamu dengan kasih sayangNya.
Umum

UMNO – BN Akan Kehilangan Undi Lagi Jika Terus Hidang Yang ‘Basi’

Chemek membaca  dan menonton berita. Baik berita dalam media BN dan juga Pakatan. Sebagai pengundi, Chemek fikir ramai pengundi yang seperti Chemek. Apabila membaca berita/laporan media, apa yang diinginkan oleh pengundi ialah untuk melihat kepada tawaran yang lebih baik. Malangnya setiap kali membuka dan membelah helaian demi helaian akhbar dan menonton laporan-laporan berita tiada perkembangan yang memberangsangkan… Continue reading UMNO – BN Akan Kehilangan Undi Lagi Jika Terus Hidang Yang ‘Basi’

Umum

Pas dan Perpaduan Melayu?

‘Muhammad telah memecah-belahkan kesatuan orang Arab!’. ‘Islam yang dibawa oleh Muhammad membuatkan masyarakat Arab berpecah’. ‘Kita adalah orang Arab. Kita ada tradisi kita. Apa yang dibawa oleh Muhammad menyalahi tradisi orang Arab’. ‘Islam adalah agama yang memecah-belahkan orang Quraisy. Anak menjadi ingkar kepada ibubapa dan keluarga sendiri’. Abu Talib tidak dapat membuat apa-apa. Dia juga… Continue reading Pas dan Perpaduan Melayu?