Nasi Kerabu (Simple)


Berada jauh dari Serambi Mekah ini membuatkan kita perlu belajar banyak perkara terutamanya memasak sendiri menu yang jarang benar dapat dirasa. Ini ada sedikit perkongsian resepi nasi kerabu yang chemek dapat (secara bersanadnya melalui telefon daripada Mak sepupu yang dia dapat ilmu ini daripada nenda chemek sendiri)

nasik kerabu 2

Kuah Tumis Nasi Kerabu

1) Bawang besar 10 biji

2) Bawang merah (kecil ataupun sederhana -10 biji

3) Lada kering/Lada hidup (blend dan tumis dengan minyak)

4) Serai 7-10 batang

5) Halia dan Asam keping (1 saja)

6) Santan pekat (1 tin / 3 gelas)

7) Gula (sebanyak rasa) dan garam (secukup rasa)

8.) Minyak 3-4 senduk untuk menumis

Cara memasak: Panaskan minyak, tumis lada (jangan sampai hangus), kemudian masukkan bawang besar dan merah (yang telah diblend) – masak dan tutup periuk. Sekali sekala kacau. Pastikan bawang ini masak (nak tahu ia masak ataupun tidak, caranya dgn mengecam hilang bau bawang ataupun pecah minyak) Kemudian masukkan serai, halia dan Asam keping. Masukkan santan dan seterusnya garam dan gula. Kuah tumis nasi kerabu biasanya sedap dimakan ketika ia pekat. Sekiranya ingin makan pada hari Jumaat, pastikan masak kuah ini pada hari Khamis ataupun pada malam jumaat. Semakin lama ia semakin sedap dan pekat. Jika terlalu pekat, boleh tambah air sedikit-sedikit. Tarra..siap sudah masak kuah. Jangkaan memasak kuah tumis antara sejam hingga 2 jam sahaja.

Kemudian untuk ulam-ulam – boleh pilih aneka ulam-ulam tradisi – paling tidak dapatkan timun dan taugeh. Paling bagus sekiranya ada pelbagai lagi ulam-ulam tambahan termasuk jeruk lada dan jeruk bawang putih.

ulam nasik kerabu

Antara lauk tambahan yang boleh dimasukkan dalam menu ini ialah telur masin ataupun telur dadar. Ayam bakar ataupun daging bakar serta solok lada.

Untuk menyediakan solok lada antara yang perlu disediakan:

1) Lada hidup – rendam sekejap dalam air garam potong memanjang di bahagian tengah untuk memasukkan ikan solok nanti.

2) Sediakan solok iaitu – kelapa parut yang digoreng bercampur dengan ikan yang telah direbus, masukkan sedikit gula, garam dan serbuk lada hitam (jika mahu pedas) gaulkan kemudian masukkan ke dalam lada yang siap dipotong. Ada juga yang masukkan telur dalam campuran tersebut.

3) Solok ini perlu dikukus. Sebelum dikukus, titikkkan santan di atas campuran ataupun titiskan sedikit kuah tumis yang kita telah sediakan. Kemudian kukus.

Jika ingin makan nasi kerabu dengan percik ikan ataupun ayam, sediakan kuah percik.

Caranya ringkas sahaja iaitu sediakan santan pekat, serai 1 batang, lada kering dan asam gelugur. Tumis lada seperti masak kuah tumis nasi kerabu, kemudian masukkan bahan-bahan tadi dan akhir sekali garam dan gula. Setelah ikan dan ayam siap dibakar, bolehlah dibakar sekejap lagi dengan percik yang disediakan. Pastikan ayam dan ikan tadi bersalut dengan percik dan bakar dalam oven ataupun disalai.

Untuk sediakan Sambal kerabu ikan/Sambal Kelapa caranya juga amat ringkas.

1) Goreng kelapa parut sehingga kekuningan/keperangan

2) Di dalam periuk lain , masakkan ikan (boleh guna ikan tuna dalam tin) jika sukar cari ikan segar – samalah juga untuk sediakan solok lada tadi.

3) Masukkan hirisan bawang merah, halia, serai dalam periuk yang memasak ikan di atas. Masukkan garam dan gula serta lada hitam.

4) Setelah kedua-dua masak Kelapa dan ikan – campurkan kedua-duanya. Sila tambah garam, gula dan lada hitam jika perlu.

Oh ya, jangan lupa masak nasi.  Menu kuah tumis di atas sesuai untuk 7-10 orang makan. Boleh ditambah lagi dengan budu. Oleh kerana untuk masak nasi kerabu ini agak memakan masa, dicadangkan masak banyak dan di-freeze-kan kuah tumis ini untuk dimakan lagi selang beberapa hari ataupun beberapa minggu.

About these ads

4 thoughts on “Nasi Kerabu (Simple)

  1. Seumur hidup kakchik tak pernah lagi buat sendiri nasi kerabu yang lengkap. Selalunya kakchik tolong-tolong Umi je sediakan sebahagian dari kelengkapannya.

  2. Asslmlkum, terima kasih atas tunjuk ajar nak masak nasi kerabu. saya akan mencubanya cos anak lelaki saya sepanjang bulan puasa ni hari2 membeli nasi kerabu utk berbuka. terima kasih,
    Untuk masak nasi jadi warna purple. kita guna pewarna atau bunga apa

    • wa alaykumussalam

      t-kasih. chemek tak ingat apakah nama bunga yang digunakan oleh nenek chemek sewaktu merendam beras tersebut. bunganya mmg biru dan tumbuh di pagar. tapi bukan bunga seri pagi. insyaAllah apabila dpt ingat nama bunga ini, chemek akan maklumkan.

      alternatifnya boleh gunakan pewarna biru utk masakan untuk merendam beras. tetapi hanya guna beberapa titik sahaja. spt yg kita gunakan pewarna kuning apabila ingin memasak pulut kuning.

tinggalkan komen/pertanyaan/perbincangan.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s